Utama
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 15 merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya untuk komuniti di kawasan luar bandar, kawasan kurang mendapat liputan perkhidmatan serta golongan berpendapatan rendah.
Pada tahun 2024, NADI telah dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menandakan fasa baharu peranannya yang lebih menyeluruh. Melalui aspirasi 1 DUN 1 NADI dan rangkaian NADI di seluruh negara, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.
3 OBJEKTIF UTAMA NADI
1. Capaian Internet Secara Kolektif
Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif. NADI memperkasa komuniti melalui asimilasi teknologi dalam kehidupan seharian komuniti.
2. Memperkasa Komuniti
Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. NADI memupuk nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri serta memberi impak positif kepada kesepaduan komuniti.
3. Sebaran Maklumat
Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI. NADI menjadi pusat tumpuan mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.
Sumber @ Maklumat Lebih Lanjut Tentang NADI : https://www.nadi.my/
MAKLUMAT AM
FELDA SEMARAK JENGKA 15 BILANGAN PENEROKA FELDA JENGKA 15 : 355 ORANG BILANGAN BLOK DI FELDA JENGKA 15 : 16 BLOK BILANGAN PENDUDUK FELDA JENGKA 15 : 2630 ORANG […]
UTAMA
Tahun lalu, sebuah kenderaan dengan kamera berdefinisi tinggi (HD) siap dipasang di atasnya mula merantau ke seluruh negara dengan satu tujuan iaitu merakam hampir semua jalan yang berada di negara […]


