Utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 15 merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya untuk komuniti di kawasan luar bandar, kawasan kurang mendapat liputan perkhidmatan serta golongan berpendapatan rendah.

Pada tahun 2024, NADI telah dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menandakan fasa baharu peranannya yang lebih menyeluruh. Melalui aspirasi 1 DUN 1 NADI dan rangkaian NADI di seluruh negara, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.

3 OBJEKTIF UTAMA NADI

1. Capaian Internet Secara Kolektif

Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif. NADI memperkasa komuniti melalui asimilasi teknologi dalam kehidupan seharian komuniti.

2. Memperkasa Komuniti

Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. NADI memupuk nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri serta memberi impak positif kepada kesepaduan komuniti.

3. Sebaran Maklumat

Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI. NADI menjadi pusat tumpuan mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.

Sumber @ Maklumat Lebih Lanjut Tentang NADI : https://www.nadi.my/

pengusaha

25 May 2015 Keusahawanan

  NAMA PENGUSAHA AKMAR BIN ABDUL MULUK ALAMAT PERUSAHAAN SONGKOK AKMAR ABDUL MULUK, BANGUNAN SAWARI FELDA JENGKA 15, 26400 JENGKA, PAHANG. NO PENDAFTARAN SSM CT0007474-P NO TELEFON 019-9020682 TARIKH MULA […]

Baca lanjut →

TADIKA FELDA JENGKA 15

20 April 2015 Pendidikan

TADIKA KEMAS FELDA JENGKA 15 WAKTU OPERASI : 8AM – 12.30PM SENARAI PELAJAR: MURID LELAKI 24 ORANG MURID PEREMPUAN 18 ORANG                                              GURU YG BERTUGAS : -CIKGU ROS BT MOHD […]

Baca lanjut →

KLINIK DESA FELDA JENGKA 15

6 April 2015 Kesihatan

KLINIK DESA FELDA JENGKA 15 WAKTU OPERASI : 8am – 5pm SENARAI PEMERIKSAAN YANG DIJALANKAN :              -KESIHATAN IBU,ANAK -KESIHATAN WARGA EMAS -RANCANG KELUARGA -PEMERIKSAAN IBU LEPAS BERSALIN -PEMERIKSAAN DARAH DAN […]

Baca lanjut →

keselamatan jengka

31 March 2015 Keselamatan

  Pos Rela Felda Semarak Jengka 15  

Baca lanjut →

infrastruktur

16 March 2015 Kemudahan Awam

Dewan/Pejabat JKKK Felda Jengka 15 Banggunan GPW Felda Jengka !5

Baca lanjut →

MAKLUMAT NADI FELDA JENGKA 15

27 February 2015 Maklumat NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 15 merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya […]

Baca lanjut →

Sejarah

FAKTA DAERAH MARANDaerah Maran adalah merupakan Daerah ke 10 daripada 11 Daerah di dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Pengisytiharan pengwujudan Daerah Maran telah dibuat melalui Watikah Perisytiharan Daerah Maran yang […]

Baca lanjut →

PICTURE

7 February 2015 Galeri Foto

bersama webmaster

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya