Utama
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 15 merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya untuk komuniti di kawasan luar bandar, kawasan kurang mendapat liputan perkhidmatan serta golongan berpendapatan rendah.
Pada tahun 2024, NADI telah dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menandakan fasa baharu peranannya yang lebih menyeluruh. Melalui aspirasi 1 DUN 1 NADI dan rangkaian NADI di seluruh negara, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.
3 OBJEKTIF UTAMA NADI
1. Capaian Internet Secara Kolektif
Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif. NADI memperkasa komuniti melalui asimilasi teknologi dalam kehidupan seharian komuniti.
2. Memperkasa Komuniti
Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. NADI memupuk nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri serta memberi impak positif kepada kesepaduan komuniti.
3. Sebaran Maklumat
Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI. NADI menjadi pusat tumpuan mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.
Sumber @ Maklumat Lebih Lanjut Tentang NADI : https://www.nadi.my/
Kelas Microsoft Word
Kelas Microsoft Word Kelas ini diadakan pada 4/2/2017,kelas ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa masjid as-sadiqin felda jengka 15.
Latihan Resume Dan Kerjaya
Latihan Resume Dan kerjaya Latihan ini diadakan pada 19/1/2017.didalam latihan ini peserta dapat menimba ilmu berkaitan proses meminta kerja dan dapat menyemak kesilapan para peserta memohon pekerjaan atas sebab kekurangan […]
kembara ict
Kembara Ict di felda jengka 1 pada 4 jun 2016 pi1m kluster daerah maran mengadakan kembara ict bg kanak-kanak di felda jengka 1,yang mengikuti kembara ini antara nya kanak berumur […]
Belia Felda Jengka 15 mewakili Dun Kuala Krau
Sukan Umno Peringkat Adun Pahang Belia Felda Jengka 15 telah memenangi kejohanan Bola Tampar Peringkat Dun Kuala Krau dan pada 28-30/04/2016,sekali lagi pasukan bola tampar belia felda jengka 15 beraksi […]
Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM)
AHLI JAWATAN KUASA BELIA FELDA(MBFM) BAGI SESI 2016/2018. Majlis Belia Felda Jengka 15 diketuai oleh Syaiful Anuar selaku pengerusi belia bagi sesi 2016/2016,seramai 15 orang ahli jawatan kuasa baru dilantik […]
PROGRAM ZIARAH KASIH
Program Ziarah Kasih Program ini diadakan pada 10,2,2016.seramai 15 keluarga di felda jengka 15 telah menerima sumbangan Adun Kuala Krau iaitu Dato Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said.Antara yang terlibat dalam […]
Sihat Bersama Komuniti
Program Sihat Bersama Bersama Komuniti Anjuran Gerakan Persatuan Wanita(GPW) Program ini dianjurkan oleh Gpw,pada 10.1.2016.Program ini adalah untuk belia wanita dan wanita felda jengka 15,kira-kira seramai 56 org menyertai program […]
Perarakan Maulidur rasul
AHLI JAWATAN KUASA KAMPUNG Ahli jawatan Kuasa Kampung Menyertai Perarakan Maulidur Rasul di Felda Jengka 7 Anjuran Felda Wilayah Jengka,Acara Ini di sertai Oleh Jkkk dan Gpw di felda jengka […]
Stadium Felda United(The Fighter)
STADIUM TUN ABDUL RAZAK Stadium Kebanggaan Warga Felda Yang Terletak Di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.Stadium Ini Akan Digunakan Pada Awal Tahun 2016 Bagi Perlawanan Liga Super,Stadium Ini Menggunakan Rumput […]


