Utama
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 15 merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya untuk komuniti di kawasan luar bandar, kawasan kurang mendapat liputan perkhidmatan serta golongan berpendapatan rendah.
Pada tahun 2024, NADI telah dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menandakan fasa baharu peranannya yang lebih menyeluruh. Melalui aspirasi 1 DUN 1 NADI dan rangkaian NADI di seluruh negara, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.
3 OBJEKTIF UTAMA NADI
1. Capaian Internet Secara Kolektif
Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif. NADI memperkasa komuniti melalui asimilasi teknologi dalam kehidupan seharian komuniti.
2. Memperkasa Komuniti
Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. NADI memupuk nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri serta memberi impak positif kepada kesepaduan komuniti.
3. Sebaran Maklumat
Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI. NADI menjadi pusat tumpuan mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.
Sumber @ Maklumat Lebih Lanjut Tentang NADI : https://www.nadi.my/
LAPORAN MEI : TINY TECHIES (INOVASI ROBOTIK SIRI 2)
Aktiviti / Program Tiny Techies (Inovasi Robotik Siri 2) Tarikh 16 Mei 2026 Masa 2.30 petang – 3.30 petang Peserta Pelajar Sekolah Rendah Objektif : Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas […]
LAPORAN MEI : SARINGAN KESIHATAN DI NADI FELDA JENGKA 15
Aktiviti / Program Kesejahteraan Kendiri x NADI Tarikh 4, 5 & 6 Mei 2026 Masa 10.00 pagi – 1.00 petang Peserta Komuniti Objektif : Objektif aktiviti saringan kesihatan di NADI adalah […]
KEAHLIAN NADI FELDA JENGKA 15
TAHUN AHLI PELAWAT 2015 206 83 2016 127 163 2017 55 110 2018 56 166 2019 99 58 2020 21 2 2021 16 0 2022 24 36 2023 23 23 […]
FOTO MEI : TINY TECHIES (ANIMASI DALAM PHYTON SIRI 2)
Tarikh : 16 Mei 2026 Masa : 4.00 petang – 5.00 petang Tempat : NADI Felda Jengka 15
FOTO MEI : TINY TECHIES (INOVASI ROBOTIK SIRI 2)
Tarikh : 16 Mei 2026 Masa : 2.30 petang – 3.30 petang Tempat : NADI Felda Jengka 15
FOTO MEI : SARINGAN KESIHATAN DI NADI FELDA JENGKA 15
Tarikh : 4,5 & 6 Mei 2026 Masa : 3.00 petang – 3.30 petang Tempat : NADI Felda Jengka 15


