1. Bandar Tun Razak Jengka
Bandar Tun Razak Jengka atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka, adalah sebuah bandar utama ditengah-tengah segitiga Jengka Pahang, atau dikenali sebagai FELDA Jengka, Segitiga Jengka ini ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia .
Dibandar Tun Razak Jengka juga terdapat sebuah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM Jengka yang dihuni oleh lebih dari 3,000 orang pelajar dari seluruh Malaysia .
2. Gunung Senyum
Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).
Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh.
Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN, terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini.
Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda, namun tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya, sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum.
Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut.
Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang dengan menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan, tetapi terkini sebuah Jambatan sedang dibina, dan dijangka siap pertengahan tahun 2010 nanti .