Maklumat Pi

MAKLUMAT NADI FELDA JENGKA 15

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA JENGKA 15

 

 

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..                                                       

Selamat Datang dan terima kasih atas kesudian melawat laman web NADI Felda Jengka 15. Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Tujuan NADI ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. NADI juga turut dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) dan kemudahan internet.

Di sini satu laman web ditubuhkan oleh NADI Jengka 15 untuk memberikan sumber maklumat yang terkini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

PERANAN PEDI ADALAH SEBAGAI PUSAT SEHENTI:

  • Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

 

ANTARA KURSUS DAN LATIHAN YANG DIJALANKAN DI PEDi:

    • Latihan ICT
    • Latihan keusahawanan
    • Latihan multimedia
    • E-pembelajaran
    • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
    • Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
  •      Transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital

 

Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/pedi.html

 

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Berhadapan Dewan Serbaguna Felda Jengka 15,

26400 Bandar Jengka, Pahang

Pengurus : Nornaimah Binti Mohd Naim 

No. Tel : 013-533 3608

Penolong Pengurus: Natrah Binti Ismail

No. Tel : 016-729 5297

Emel : am.jengka15@gmail.com