mcmc
Sejarah

Sejarah

peta

FAKTA DAERAH MARAN
Daerah Maran adalah merupakan Daerah ke 10 daripada 11 Daerah di dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Pengisytiharan pengwujudan Daerah Maran telah dibuat melalui Watikah Perisytiharan Daerah Maran yang telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang Jd. 34 Bil.14 pada 13 Mei 1981.Sebelum pengisytiharan itu Daerah Maran terletak sebahagian daripada Daerah Temerloh dan sebahagian lagi Daerah Pekan. Pejabat Daerah Dan Tanah Maran pula ditubuhkan pada 23 Mei 1981 dengan Pegawai Daerah yang pertama ialah En. Ariffin bin Yusoff @ Yusoh. Keluasan Daerah Maran ialah 1917 kilometer persegi.

SEJARAH JENGKA
Jengka dibuka secara rasmi pada 1967.Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini. Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

                                

 

Dengan adanya tanah-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka.
Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.
Tetapi kini Bandar Jengka yang telah diubah nama kepada Bandar Tun Razak Jengka, tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai yang telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.
Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Wilayah Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah.

Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.
Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenal pasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.
Dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka, kerana ianya di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri, antaranya ialah felda kampong awah 1963, felda ulu jempol 1965, felda sungai nerek 1967.
Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga, sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai ‘peneroka felda’ manakala isteri mereka di panggil ‘Penerokawati ‘ dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

PENDUDUK

Para peneroka tersebut datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang.

Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing.
Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia.

 

Senarai pembentukan FELDA di Segitiga Jengka yg mengikut abjad.

Jengka 1 FELDA Anggerik
Jengka 2 FELDA Cempaka
Jengka 3 FELDA Dahlia
Jengka 4 FELDA Kemboja
Jengka 5 FELDA Kekwa
Jengka 6 FELDA Keembung
Jengka 7 FELDA Kenanga
Jengka 8 FELDA Kesidang
Jengka 9 FELDA Kesumba
Jengka 10 FELDA Mawar
Jengka 11 FELDA Melati
Jengka 12 FELDA Melor
Jengka 13 FELDA Puteri Malu
Jengka 14 FELDA Raya
Jengka 15 FELDA Semarak
Jengka 16 FELDA Sena
Jengka 17 FELDA Seri Pagi
Jengka 18 FELDA Seroja
Jengka 19 FELDA Siantan
Jengka 20 FELDA Tanjung
Jengka 21 FELDA Teratai
Jengka 22 FELDA Terkis
Jengka 23 FELDA Tonkin
Jengka 24 FELDA ?
Jengka 25 FELDA ?

Lain-lain :

FELDA Ulu Jempol
FELDA Kampung Awah
FELDA Sungai Tekam

Mitos 1
Tersebutlah kisah dua orang asli. Seorang lelaki dan perempuan. Mereka tinggal harmoni di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.

Mitos 2
Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantara sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.

SEJARAH FELDA JENGKA 15(SEMARAK)
Felda Jengka 15 merupakan salah satu daripada kawasan petempatan peneroka Felda yang telah dibuka sekitar 1971. Jengka 15 berada di dalam kawasan daerah Maran dan terletak berhampiran Felda Jengka 14, Jengka 16. Perjalanan dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang terletak 20 kilometer mengambil masa kira-kira 25 minit. Terdapat lebih daripada 385 buah keluarga yang terdiri daripada generasi pertama dan kedua peneroka. Kawasan penempatan Jengka 15 terbahagi kepada (16 Blok) . Setiap blok mengandungi sekurang-kurangnya 24 bilangan peneroka. Selain itu, di FELDA Jengka 15 ini juga didiami oleh kakitangan kerajaan kerana terdapat perumahan kakitangan guru dan kuaters Klinik Desa. Di samping itu, terdapat juga kakitangan Felda seramai hampir 20 orang.selain itu juga,prasarana yang terdapat difelda jengka 15.